Quantcast
Channel: Siti Kektus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 115

Pengalaman Guru Ganti KGSK

$
0
0
assalamualaikum. ;)


hi semua ! *lambai-lambai tangan sambil senyum kambing sikit. hihii :D




fuhhh. agak lama aku tak membelek blog kesayangan ni. asal nak mengarang entri je, mesti berakhir dengan menekan butang pangkah. ada je benda yang menghalang *padahal malas lebih. hehee. tak pernah berakhir dengan menekan butang publish. hari ni lah, tetiba ada kekuatan yang extra berganda. mungkin sebab esok dah bermualanya cuti sekolah. :D




dalam kemalasan aku yang berganda-ganda tu, aku sebenarnya bertugas sebagai guru ganti KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan) di sebuah sekolah rendah yang tak jauh dari rumah aku. dalam 5 minit dah sampai. hihii aku menggantikan guru yang cuti bersalin. dah 2 kali aku dapat tugasan di sekolah yang sama. alhamdulillah. tempoh sebagai guru ganti ni bergantung kepada berapa lama guru tersebut mengambil cuti.


tempoh pertama hanya sebulan saja [6 April-26 April] & tempoh kedua hampir dua bulan [8 Mei-11 Julai]. mengajar di sekolah rendah di seronok sebenarnya tambah-tambah dengan karenah yang pelbagai, budak-budak kecil lah katakan. walaupun hakikat sebenarnya tugas sebagai seorang guru tu amatlah besar tanggungjawabnya. macam mana nak mohon guru ganti KGSK ni ? next entri aku kongsi serba sedikit yang aku tahu termasuklah bayaran yang diberi & etc.


owl tote bag !
instagram [ kektuss_creation ]


dalam masa tak update blog ni juga, aku sebenarnya ada join 1 instabazaar pada akhir April yang lalu. hehee nak tau serba sedikit meh baca kat SINI. aku share tapak dengan sepupu aku Cik Ain. langkah awal dalam berniagalah katakan. hihii btw, aku ada beberapa item baru nak bubuh kat Kektuss Creation tapi asyik tak berkesempatan saja. busy mengalahkan perdana menter. -_-


# last but not least, tahniah kak tina sebab dah dapat baby boy ! wiwiwii bila lah dapat jumpa si hensem boy tu kan. nak blogwalking dengan jayanya *harap-harap berjayalah. kihkih :D


thanks for reading. ^^

Viewing all articles
Browse latest Browse all 115