Quantcast
Channel: Siti Kektus
Viewing all 115 articles
Browse latest View live

Hari Puan Mizz Tina

$
0
0
assalamualaikum. ;)


pang pang kopang kopang kopang kopang kopang kopang keboom, kopang kopang kopang keboom, kopang kopang kopang keboom...


selamat pengantin baru kak Tina oii ! tahniah tahniah tahniah. wiwiwiii


invitation card.


memandangkan rasa macam tak jauh Batu Pahat tuu dari rumah aku, aku gigihkan lah jugak diri ni pergi. berharap dengan bantuan GPS dapatlah memudahkan perjalanan aku. tapiiii, sesat jugaklah nampaknya. GPS ni saje nak tipu aku ke hapee. pheeww~  lepas dah pusing-pusing sikit, tanya orang-orang dekat-dekat situu, sampai jugak lah cik kiah ke rumah pengantin. :)



pengantin awesome !
(satu-satunya gambar yang ada. sobsob)


first time jumpa akak. rasa segan, gugup bercampur baur lalu bertukar menjadi blurrr. hahaa tiba-tiba rasa macm tak pernah p majlis kawen orang lain je. hewhew tapi kan, akak memang comellss gila. rasa macam aku pulak yang kakak-kakak, dia adik-adik. hahaa tapi sedih sebab tak dapat tunggu akak sanding. padahal sikit je lagi masanya kan. sobsob sorry kak, bodyguard saya nak cepat lah pulak. -_-


# moga bahagia hingga akhirnya Kak Tina. ;)


thanks for reading. ^^

RESEPI : OREO CHOCO BALLS

$
0
0
assalamualaikum. ;)


OREO CHOCO BALLS !



sangat sedap. enak dimakan di kala panasnya cuaca, bersama segelas air sirap limau ais. mavelessss ! nama asal OREO BALLS je, tapi aku rasa macam sedap je tambah choco tuu. jadilah OREO CHOCO BALLS. kihkih


aku dapat resepi ni daripada seorang kawan. dia jumpa kat FB. bila dia kata sedap, lazat, sampai nak buat lagi, apa lagi uollss, i pon excited nak cubalah. benda sedap kan siapa tak mau. ini antara rajin atau malas saja. memandangkan hari tu aku terlebih rajin makan aku berjaya buat. yeyyy !





resepi asal hanya menggunakan 3 bahan sahaja. ye, TIGA sahaja--BISKUT OREO, CREAM CHEESE & COKELAT MASAKAN-- dan yang best tak payah nak goreng, kukus, grill atau panggang. hanya masuk dalam peti sejuk saja dan sedia untuk di ngappp !


tapi, aku ni kalau guna sebungkus biskut oreo tuu mana lah cukup. lagi pon kat rumah mulut yang makan bukan aku sorang. ada lagi 4 mulut yang menanti. maka, aku telah derhakakann sikit resepi ni. alaa, sikit saja.





BAHAN-BAHAN : 
BISKUT CREAM O (lagi murah & banyak)
CREAM CHEESE
COKLAT MASAKAN
BISKUT MARIE (bagi adunan banyak sikit)

CARA-CARA (boleh  rujuk gambar):
1. Hancurkan biskut cream o & biskut marie. gunalah teknik apa pon janji ia hancur. aku masukkan dalam plastik dan ramaskan biskut tersebut.
2. Cairkan cream cheese dalam suhu bilik. Gaulkan kedua-dua biskut dengan cream cheese tadi.
3. Setelah sebati, bentukkan adunan tadi menjadi bentuk bulat seperti bola. nak buat bentuk lain pon boleh. ikut lah kreativiti korang.
4. Cairkan coklat masakan--aku guna double boiling, nak guna microwave pon boleh.
5. Salutkan bebola tadi dengan coklat yang dah dicairkan dan masukkan kedalam peti ais.
6. Tunggu lah sejam dua, dah boleh di makan.


# senangkan buat OREO CHOCO BALLS ni. emm, mungkin aku patot tukar kot. CREAM O CHOCO BALLS. kihkih ahh, mana-mana pon boleh lah kan.


SELAMAT MENCUBA !


thanks for reading. ^^

Bunga Kaktus Punya

$
0
0
assalamualaikum. ;)


Bunga kaktus punya.


ini cerita beberapa hari lepas. waktu aku keluar rumah nak buang sampah. tiba-tiba nampak pokok kaktus depan rumah dah keluar bunga. SUBHANALLAH. cantik sangat. kenapalah sebelom ni aku tak perasan pokok ni dah berbunga. rasa nak petik je, tapi sayanglah pulak.



'eeh cik serangga tumpang bergambar sekali ke ?'



pada mulanya kan, aku ingatkan bunga yang ni belom mekar lagi. kiranya masih dalam proses nak jadi bunga. bila tanya pada emak, rupa-rupanyanya bunga ni dah kuncup semula. bunga kaktus ni kembang mekar waktu pagi je. waktu aku keluar rumah tuu dalam pukul 9 pagi.






pokok kaktus ni dah lebih kurang sedekad umurnya. dari sekecil-kecil saiz sampailah dah sebesar ni. pokok ni lagi tinggi dari aku. tingginya dalam 2 meter kot. setanding lah tuu dengan umurnya kan. kalau panjang umur aku, lagi sedekad dapatlah jumpa pokok kaktus ni lagi. itu pon kalau pokok kaktus ni panjang umurnya jugak. :)






# alhamdulillah. masih diberi peluang menghayati dan menikmati ciptaan-NYA. :)

thanks for reading. :)

Hardest Game Ever !

$
0
0
assalamualaikum. ;)


pernah main game HARDEST GAME EVER ? sebelum ni aku ter-obses dengan TETRIS BATTLE, tapi sekarang dah malas nak main. kengkonon dah hebakk sangat sampai tak nak main. HAHA




nama je HARDEST GAME, cubalah korang cuba main. kihkih kacang bangat. tapi kacang-kacang pon nak dapatkan 'S' punyalah payah. game yang senang-senang lah. sekali main dah boleh dapat S. 'S' tu macam ranking paling tinggi lah.




sekarang aku stuck kat stage 13. untuk unlocked stage 13 tuu, kena dapatkan 10 'S' untuk game sebelumnya. pheeww~ kemain struggle aku nak dapatkan semuanya 'S'. lagi-lagi game AISKRIM ni. paling tinggi aku dapat C je. sobsob member aku sampai terpaksa menggunakan khidmat tangan orang lain untuk membantu beliau mendapatkan title 'S' tuu. hehee



tiba-tiba rasa nak makan aiskrim pulak dah. nyumnyum



siapa-siapa yang gilakan matematik, game OH, I LOVE MATH pon ada. ni pon kacang je ni. kehkeh nak rasa susah tak susah main game ni, p download cepat-cepat. kat google play ada. hehehee :)


# semakin hari semakin malas. apekes ? -_-

thanks for reading. ^^

Burger Bakar & Meatballnya

$
0
0
assalamualaikum. ;)


Burger Bakar Abang Burn. ;)



tekak ni kan, ada masanya suka benar mintak yang bukan-bukan. dah rupa mengidam gamaknya. ditambah pula, semenjak dua menjak ni, ramai blogger dok bercerita pasal burger bakar Abang Burn bersama meatballnya. nampak seperti delicious !


aku yang memang dah lama teringin nak merasa burger bakar ni, terus rasa meluap-luap nak mencuba. akhirnya beberapa minggu lepas tercapai jugak hasrat hati ni. kehkeh aku cuma order burger bakar daging yang biasa pastu tambah cheese sekeping dengan meatball.




dalam gambar nampak besar burger ni, tapi bila tengok depan mata kecil je rupanya. kecil-kecil pon bila dah masuk perut, kenyang sungguh. alhamdulillah. :) sebiji burger tu aku makan sorang, tapi meatball aku share. memang sendawa bau daging lah sepanjang malam. 


bagi aku yang bukan pemakan burger tegar, burger bakar ni ok lah. bolehlah buat kenyang. meatball pon ok. sedap di tekak aku. tapi kalau nak makan selalu tuu, memang tak kot. sekali-sekala je kot akan ku beli. heheee tapi, kalau ada orang yang nak belanja, aku laju je cakap NAK. haha


# SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN INI SAHABAT SEKALIAN. TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI YE. ;)

thanks for reading. ^^

RESEPI : CHEESECAKE MILO BISKUT

$
0
0
assalamualaikum. ;)



CHEESECAKE MILO BISKUT.
wiwiwiii. :)


Pertama kali aku buat CHEESECAKE MILO BISKUT ni, aku terus jatuh hati-cinta-kasih-sayang ! ceewahhh. serius. rasa sedap sangat dan pastinya rasa nak buat lagi lagi dan lagi. tapi aku tak mampu lah nak hadap satu loyang tu sensorang. muak kang. makan sikit demi sedikit. tapi banyak kali. wakakakaa




Resepi asal dari Cik Epal. aku tengok dia buat cheesecake biskut tuu, nampak sedap je. bahan-bahan pon senang nak cari. lagi pon tak payah nak bakar-mebakar or kukus mengukus. cuma guna peti ais je. kihkih tapi aku ada men-derhaka-kan resepi ni sikit lah. aku tambahkan milo. kita buat dia kan apedehal. huahuahua 


BAHAN-BAHAN:
NESTUM
BISKUT CREAM CRACKERS
SUSU PEKAT MANIS
KRIM CHEESE
MILO
SUSU SEGAR
(untuk celupkan biskut)



CARA-CARANYA:
1. Pukul creamcheese sehingga sebati. aku gunakan hand mixer. kemudian masukkan setengah susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan. Bagi yang suka manis-manis nak letak semua pon tak ada masalah. tapi komfem terlebih manislah. 
2. Tuangkan susu segar kedalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu segar. Jangan sampai terlembik pulak, cukup sekadar nak bagi ia lembut sedikit. Kemudian, susun di dalam loyang.
3. Oleskan creamcheese yang telah di putar tadi. Oleskan nipis-nipis je. tak payah tebal sangat. Kemudian, taburkan nestum di atas lapisan creamcheese tadi. nak bubuh banyak mana ikutlah gerak hati masing-masing.
4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 tapi gantikan nestum dengan milo pula. milo ni pon ikutlah gerak hati masing-masing jugak nak banyak mana. lagi banyak milo tu lagi sedap.
5. Ulang langkah ke-2, 3, dan 4 sampai lapisan yang dikehendaki. tapi untuk cheesecake milo biskut aku ni, aku cuma dapat buat 5 lapisan je. pada lapisan yang terakhir sekali, bubuhkan creamcheese tu tebal sikit.
6. Akhir sekali, taburkan nestum di lapisan creamcheese terakhir. Boleh lah dimasukkan dalam peti ais semalaman. (aku tak sempat nak tunggu semalaman, dalam 4 jam gituu je dah keluarkan dan di potong. tak menyabar punya pasal. kihkih) 


nom nom nom.
sungguh sedap meh. :)


boleh lah nak dibuat santapan untuk berbuka puasa. kiranya macam desert lah creamcheese milo biskut ni. aku sebenarnya konfius tau, nak letak cheesecake milo biskut @ milo cheesecake biskut @ biskut cheesecake milo @ biskut milo cheesecake. argghh. mana-mana pon tak kisah lah kan. janji masuk mulut. kihkih


SELAMAT MENCUBA !


# makan sedap-sedap begini, risau jugak berat naik mencanak-canak nanti. hihiii

thanks for reading. ^^

RESEPI : NUGGET KENTANG

$
0
0
assalamualaikum. ;)


NUGGET KENTANG.


ehh, entri makanan lagi. muahehee maafkan daku kalau sekarang ni asek keluar entri makanan saje. bukan apa diri ini eksaited bebeno nak mencuba resepi itu resepi ini. almaklumlah, dah berganjak ke satu umur yang baru.


saya dah besar. eeh, bukan bukan. saya dah dewasa. kihkih


Nugget kentang ni aku pernah tengok Cik Nana buat dalam entri dia. aku yang tiba-tiba macam ada semangat lebih cubalah dengan sepenuh hati. gigih ha mencari entri cik nana tu. ehemm, cik nana, sila terharu sekarang. hahaa




dari gaya penulisannya, tak lah susah mana pon nak buat NUGGET KENTANG ni. umpama memetik jari saja. memandangkan dalam peti ais tak ada stok daging lembu mahupun daging ayam, jadi aku bedal sajalah guna resepi BEGEDIL. muahaa lantak lah kite buat dia kan.



BAHAN-BAHAN :

KENTANG (5 biji sederhana saiznya)
IKAN BILIS (segenggam)
BAWANG BESAR(2 ulas)
DAUN SUP
LADA PUTIH/LADA SULAH
GARAM (secubit)


UNTUK MENGGORENG :


TELUR
TEPUNG GANDUM
NESTUM




CARA-CARANYA:
1. Rebus kentang yang telah dikupas kulitnya. Agak-agak dah empuk angkat dan toskan. Jangan terlebih masak pulak ye. Nanti lembik sangat susah nak dibentuk. Kemudian, lenyek-lenyek sampai lumat dan sebati. 
2. Goreng ikan bilis. Kemudian tumbuk hingga hancur. Nak kisar pon boleh. Gunakan pengisar kering. 
3. Goreng bawang yang telah dihiris. cukup sampai ia kekuningan. Tak perlu garing sangat tapi jangan sampai hangus. 
4. Hiriskan daun sup dan kisarkan lada putih. Kalau guna lada sulah tak payah nak kisar-kisar dah. 
5. Kemudian, satukan kentang, bawang merah, ikan bilis, lada putih, daun sup dan secubit garam. Gaul-gaul sehingga sebati. 
6. Bentukkan nudget kentang mengikut bentuk kesukaan korang. Nak bulat ke, petak ke, segitiga ke. Terpulanglah. 
7. Untuk proses menggoreng nudget kentang, panaskan minyak. Golek-golekkan nudget tadi dengan tepung gandum -- celupkan dalam telur -- golekkan dengan nestum -- masuk dalam kuali. 
8. Angkat dan sedia untuk di hidang. 



walaupun nugget kentang ku nampak hangus sikit,
tapi rasa tetap mantop tau !


SELAMAT MENCUBA pada yang nak mencuba. hehee :)


thanks for reding. ^^

Pasu pink pasu putih bunga kektus

$
0
0
assalamualaikum. ;)


pasu pink pasu putih bunga kektus.
hikhik ;)


hari tu masa jalan-jalan kat pasaraya one stop ternampak pasu pink putih ni. sebenarnya dah lama gila tau aku mencari pasu kaler-kaler macam ni. akhirnya, pencarian yang entah berapa lamanya berakhir. eksaited gila kau tau. tak tergambar rasanya. haha




banyak lagi warna yang ada, merah, oren dan hitam *kalau tak silap. lepas dah belek-belek sana sini, akhirnya aku ambil warna pink putih. mula-mula tuu cuma beli empat pasu je, dua pink dua putih. bila dah isi pokok kektus dalam pasu tuu, ehh nampak menariklah pulak. apa lagi, minggu depannya singgah lagi one stop, terus rembat lagi empat pasu : dua pink dua putih jugak.



bunga kektus punya kecil, tapi pasu punya besar. hehee

 
tapi pasu ni tak ada lubang bawahnya macam pasu-pasu biasa. aku syak ini sebenarnya pasu untuk bunga plastik lah. tapi, peduli hape aku. kite buat dia kan dengan gigihnya aku bodek-bodek sikit adik bongsu aku suruh tebukkan lubang guna gerudi elektrik tuu. nasib baik mood dia baik. kihkih


# yayy ! ada pasu raya. hihii


thanks for reading. ^^

Jahit Baju Raya

$
0
0
assalamualaikum. ;)


sejak aku dah reti menjahit baju kurung ni, tahun ni aku membuat keputusan nak jahit baju sendiri. one set complete. sebab skill menjahit aku macam dah up sikit gituu. tahun lepas aku buat jugak sendiri baju raya. tapi part baju je lah sebab kainnya tak lepas lagi. kihkih


tahun-tahun sudah semua baju raya adik-beradik mak yang jahitkan. tapi komfem pagi raya tuu baru siap sepenuhnya. biasalah bila emak seorang tukang jahit, baju-baju customer kenalah diutamakan. lagi-lagi bulan puasa ni, tempahan lebih sikit daripada biasa. alhamdulillah. rezeki kan. :)




aku pon dapatlah kutip duit raya lebih sikit daripada emak. hihii alaa, bukannya tolong apa pon, jahit kelim bawah baju dan bawah lengan tu je. bolehlah sikit-sikit. tapi tahun ni kena share kena adik pompuan aku. dia pon sibuk nak kutip duit lebih jugak. haha


syahdu pulak bila tengok iklan raya yang satu ni. rasa nak menangis pon ada. seorang mak yang bertungkus lumus mencari duit lebih untuk keluarga. macam EMAK ku.




# i love u mak. <3


thanks for reading. ^^

RESEPI : POPIA NESTUM

$
0
0
assalamualaikum. ;)

 popia nestum in progress ! ;)


semenjak aku diperkenalkan dengan popia nestum ni sejak 3 tahun lepas, aku terus jatuh cinta wehh. setiap tahun mesti nak buat. nasib baik senang gila cara nak dibuatnya. tanpa modal yang besar sangat dan di tambah kerajinan sikit, terus siap. entah-entah tak sempat nak buat raya dah habis. kihkih



 campuran nestum + susu tepung + gula


disebabkan aku macam ter-rajin sikit hari ni, moh le aku share kan resepi popia nestum ni yo. mana tahu ada yang berkenan nak buat kan. walaupun pada hakikatnya bersepah dah resepi ni, aku tetap nak share. kihkih

 
BAHAN-BAHAN :

KULIT POPIA
NESTUM
SUSU TEPUNG
GULA


Cara-caranya :

1. Gulungkan kulit popia ikut citarasa sendiri. Disebabkan aku terajin sikit, aku gulungkan macam popia yang biasa tu. Macam kat gambar atas tu. Sehelai kulit popia tu aku bahagi 16. Maka, dapatlah banyak sikit.

2. Gorengkan popia-popia yang dah siap digulung. Goreng dengan berhati-hati ye, jangan sampai hangus.

3. Kisarkan nestum hingga halus (aku guna nestum original). Untuk 1 bungkus popia yang besar, aku guna 2 cawan nestum.

4. Kisarkan gula hingga halus. Gula pula, aku guna secawan sahaja. Kalau suka manis, boleh tambahkan gula lagi.

5. Campurkan nestum dan gula yang dikisar ke dalam bekas besar. Campurkan juga 3/4 cawan susu tepung. Susu tepung apa pon tak kisah. Pada yang sukakan rasa susu tepung lebih, bolehlah letak lebih.

6. Masukkan popia yang telah digoreng. Gaul hingga sebati.

7. Siap ! hehehe



See, senang je kan. popia nestum ni pon dah jadi kegemaran adik-adik aku juga kot. mana tak nya, aku tengok diaorang makan laju semacam je. bagi mengelakkan popia nestum ni habis, aku siap packing dalam plastik tau. kihkih


selamat mencuba pada yang nak mencuba !


thanks for reading. ^^

Cara Buat Beg Bulat Comel (EARPHONE CASE)

$
0
0
assalamualaikum. ;)


CARA BUAT BEG BULAT COMEL (EARPHONE CASE)



hari tu aku rajin semacam. maka aku pon buatlah beg bulat a.k.a earphone case ni. haha bolehlah angkut kemana-mana earphone ni dengan mudah. tak gituu. kihkih alaa, buatnya bukan susah sangat pon. hanya memerlukan kepakaran yang sedikit je. betul tak tipu.


FACEBOOK : USEFUL DIY


bahan-bahan yang diperlukan : KAIN, PENGERAS KAIN, ZIP, BENANG. tu je. bukannya sampai semeter pon kain yang diperlukan. agak-agak je lah. cara-caranya ? haaa, bolehlah tengok gambar kat atas ni. ni kira shortcut lah. untuk lebih pencerahan tentang Cara Buat Beg Bulat Comel (EARPHONE CASE) ni boleh rujuk laman web USEFUL DIY : DIY LOVELY EARPHONE CASING. kat situ gambar besar dan jelas.




aku tiru bulat-bulat dari situ. hihii untuk memudahkan aku menjahit, aku siap garis tau keliling bulatan tu sebab tak nak bagi jahitan bengkang bengkok. satu tips, untuk nampakkan beg tuu nampak lebih cantek bila diterbalikkan, bila dah jahit keliling bulatan tu, gunting sikit kelilingnya tu. macam line-line putih yang aku buat kat atas ni. tapi jangan sampai terguntung jahitan tu pulak.




bentuk bulat tuu, aku gunakan penutup botol je buat tekap. hahaa senang wehh. tak payah banyak fikir. tapi kalau nak guna jangka lukis pon tak ada masalah. ikut kreativiti masing-masing lah. hahaa sebenarnya kan,  sekali ku pandang macam beg bulat ni macam rupa lain je ni. macam itik ada, ayam ada. haha sebab macam ada ekor dengan kepala. kan ? kan ? hahaa ke perasaan aku je ni. aihhh.


# btw, aku menggunakan mesin jahit tau untuk menjahit beg bulat comel (earphone case) ni. kalau jahit tangan, jenuhlah dek non. hihii *padahal nak cari jalan mudah. kihkih*


SELAMAT MENCUBA !

thanks for reading. ^^

How To Make Origami Double Love/Double Heart

$
0
0
assalamualaikum. ;)


How To Make Origami Double Love ? or Double Heart ?




it is so simple to do. what you need is a piece of A4 paper. the instruction ? lets the pictures do the talking wokehh. hihiii by the way, this A4 paper is divide into two.


have fun ! ;)










this is re-post from CARA BUAT ORIGAMI DOUBLE LOVE/DOUBLE HEART. hiks !


thanks for reading. ^^

Tragedi Di Hari Raya

$
0
0
assalamualaikum. ;)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI !
MAAF ZAHIR BATIN ~


eh, tak terlambat lagi kan rasanya nak ucap selamat hari raya. hihii mana-mana yang berhajat nak bagi aku duit raya pon sempat lagi ni. lai lai lai. walaupun umur macam dah dewasa sikit, kalau orang nak bagi tu aku terima saje. kihkih




raya tahun ni aku rasa macam kurang bernasib baik sikitlah. dugaan dugaan. first day raya lagi aku dah kena chickenpox ! huaaaa ! patotlah 2 hari sebelum raya tu aku demam macam nak pengsan. nak kena chickenpox rupanya. memang kena kuaratin duduk rumah sajalah. alahai~~


nasib baik raya pertama sempatlah beraya rumah nenek. dapatlah jumpa pak ngah dengan mak ngah. hari raya yang lain emak abah adik pergi beraya, aku terpacak sensorang depan tv dalam rumah. tak apa lah. adalah ni hikmahnya. saje positifkan diri. tapi, nasib baik dapatlah jugak duit raya 2 3 hengget ihsan sedara mara. kihkih buat pengubat jiwa yang lara ni kan. :)




tapi, bukan tu saje. malam raya tu dalam pukul 9 lebih dapat pulak berita adik aku yang no 4 accident pulak. pakcik yang call abah tu cakap motor adik aku hancur. zzuup ! berderup jantung aku bila mendengarnya tau tak. mak abah toksah ceritalah. resah gelisah dok mundar mandir je. dalam hati aku ni, dah lah adik aku baru tukar cover set motor. memang sengaja cari pasal budak ni.


lagipon, masa buka puasa tu abah aku dah pesan siap-siap, tak payah keluar malam-malam raya ni. takut ada pape terjadi je. tapi dorang degil jugak. nak jugak keluar. dorang tu termasuk adik aku no 3 dengan kawan-kawan dia yang lain tu sibuk nak ke bazar karat, JB tu. apa yang di cari tak tahulah. tengah sale agaknya.




bila dah sampai kat tempat kejadian, nasib baiklah tak cedera apa pon. cuma calar balar sikit kat tangan dengan kaki. rupanya accident motor dengan motor. motor yang accident pon cuma lampu depan je pecah. dan, yang paling memeranjatkan abah aku. rupanya motor yang accident tu bukan motor adik aku, tapi motor adik saudara yang lagi sorang. adik aku tak bawak motor dia. adik saudara tu tak ada lesen, jadi dia suruhlah adik aku tu yang bawa.


pheww~~


nasib lah tak ada nyawa yang melayang. kalau tak, tak tahulah nak membayangkan yang macam mana. alhamdulillah alhamdulillah. 


# aidilfitri kali ni memang mendebarkan betol. tapi tak apa, nanti bolehlah buat modal cerita aidilfitri mendatang. kan ? kan ? hihii  ;)

thanks for reading. ^^

RESEPI : KUIH BUAH MELAKA

$
0
0
assalamualaikum. ;)


KUIH BUAH MELAKA


ada jugak orang panggil kuih onde-onde. kan ? kan ? senang sangat tau nak buat kuih buah melaka ni. senang gila. umpama memetik jari saje. pejam celik pejam celik tak sampai sejam siap dah. hahaa masa bulan puasa hari tuu, adalah tiga ke empat kali kuih buah melaka di jadikan santapan berbuka. see, betapa senangnya nak buat kuih buah melaka ni sampai diulang banyak kali. hihi memandangkan aku seakan rajin banget, maka ku tulisin resepinya ok. *walaupun telah ku tahu ramai yang telah tahu. hihii



kelapa parut yang dah di campur sedikit garam.


ohh, resepi emak aku ni ada campur keledek putih tau. keledek putih tuu nak elak daripada buah melaka tu terlalu lembik dan juga menyedapkan lagi rasa kuih buah melaka tu. tak percaya ? cubalah dulu, baru tahu. kihkih keledek putih ni berbeza tau dengan keledek oren dan keledek ungu. tapi, kalau ada yang nak mencuba keledek oren atau ungu, boleh jugak kot. tapi aku tak pernah cuba lagi. hihii


BAHAN-BAHAN :

KELEDEK PUTIH
TEPUNG PULUT
PEWARNA HIJAU
GARAM
AIR
GULA MELAKA
KELAPA PARUT



CARA-CARANYA:

1. Rebus keledek sehingga empuk. Kemudian, angkat dan toskan. Lenyek keledek sehingga lumat. Buangkan serat pada keledek *kalau ada. biasa keledek putih memang banyak serat.

2. Campurkan secawan tepung pulut ke dalam bekas berisi keledek lenyek tadi. Gaul hingga sebati.

3. Campurkan sedikit air garam, pewarna hijau dan air secukupnya. Kalau nak gunakan daun pandan segar tu pon boleh, cuma rumah aku pokok pandan dah diracun abahku. -_-

4. Apabila sudah sebati *tak terlalu lembik, tak terlalu keras--sedang-sedang saja, bahagikan kepada beberapa adunan kecil. ikutlah nak saiz yang macam mana. janji bentuk bulat. Campurkan lagi tepung pulut jika doh tadi masih lembik.

5. Potong-potongkan gula melaka menjadi ketulan kecil. Sumbatkan gula melaka tadi kedalam doh bulat-bulat kecil tadi.

6. Sediakan air rebusan dan tunggu hingga mendidih.

7. Masukkan bebola buah melaka yang telah siap dibentuk. Tunggu sehingga ia timbul dan boleh di toskan.

8. Segera golek-golekkan buah melaka tadi diatas kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam. Jangan lambat sangat di biarkan selepas ia ditoskan tau nanti buah melaka tu saling melekat. Tu yang payah sikit nanti.

9. Dah golek-golek, bolehlah disusun didalam pinggan dan sedia untuk di NGAP !


sungguh enak dimakan begitu saja.
 yummy !

dulu, masa zaman sekolah kuih buah melaka ni 3 biji cuma 20 sen je. sekarang ni seringgit nak dapat 5 ketul pon payah. sobsob betapa jauh bezanya zaman kanak-kanak dengan zaman sekarang. duit RM100 pon dah macam duit RM10. huhuu


SELAMAT MENCUBA YO !


# bila dah kering idea, inilah makan dia. kihkih

thanks for reading. ^^

Kad Raya dari Menteri Besar Johor

$
0
0
assalamualaikum. ;)


Kad raya dari Menteri Besar Johor
Mohamed Khaled Nordin


tahun ni, inilah saja kad raya yang aku dapat. at least ada juga yang nak menghantarnya. tahun-tahun sudah meriahlah sikit dengan kad raya sebab aku pon rajin menghantar. tahun ni, hurrmm, susah nak dikaborkan. ke-malas-an tu terlalu tebal sampai tak dapat nak digambarkan. hehee





aku tak tahulah siapa je yang dapat kad raya dari Menteri Besar Johor ni. kawan-kawan se-universiti yang tinggal di Johor Darul Takzim ni ada jugak dapat. tapi, bagi aku kad raya ni lagi bermakna jika disertakan dengan duit raya. tak dapat duit yang warna purple tu, dapat duit yang warna merah atau hijau pon dah cukup dah. hahaa *dasar mata duitan $_$. 


thanks for reading. ^^

Mr Cendol

$
0
0
assalamualaikum. ;)


cendol di Mr Cendol.


weekend lepas aku ke Manjung Perak dengan BFFs sebab one of my bff bertunang. dah alang-alang ke sana tu apa lagi, jalan-jalan cuci mata. bersungguh-sungguh kitorang (pergi berempat) mencari tempat makan yang sedap-sedap sebab perut pon dah berkeroncong semacam. google punya google terkeluarlah Mr Cendol ni.



nampak tak harimau kat sebelah tiang tu ?
mula-mula aku ingat harimau betul ! terkejut aiollss. -_-


memang nasib kitorang baik sebab ada satu cawangan tu kat Stesen Minyak Esso Lumut Perak(kalau tak silap lokasi lah. hihii). apa lagi terus singgah sebab ada sorang kawan aku tuu pernah makan kat sini dah dia kata sedap. masuk-masuk terus order cendol biasa empat mangkuk dan dua pinggan rojak biasa.



 rojak. :)


yang syoknya cendol ni korang boleh tambah berapa banyak gula yang korang nak. macam dalam gambar kat pertama tuu, yang dalam botol hijau tu air gula tau yang aku ingatkan kicap pada mulanya. hadoii. rasa cendol ni ok lah. dapat menyedapkan anak tekak. makan waktu panas-panas lagi syok rasanya.


Mr Cendol ni guna gula merah buat air gula tu (dari deria rasa aku lah). bagi aku kalau guna gula melaka lagi sedap. hihii rojak kat Mr Cendol ni sedap ! aku makan licin kot. hahaa dah kawan-kawan aku tak nak habiskan, aku apa lagi bagai orang mengantuk di sorong bantallah jawabnya.


# hujung minggu yang menyeronokkan dan menggemokkan ! tenkiu buddies . <3

RESEPI : SIMPLE BANANA PANCAKES

$
0
0
assalamualaikum. ;)


SIMPLE BANANA PANCAKES. ;)



amboiihh. nama nak omputeh sangat kan. alaa, bila translate bahasa bahasa melayu, jadilah lempeng pisang mudah. hihii aku terbaca resepi simple banana pancakes ni dari blog Cassey Ho. Cassey Ho ni merupakancertified fitness instructor tau. nak tau lebih lanjut bolehlah jengah-jengah blog dia. banyak lagi resepi mudah dan ringkas tapi berkhasiat tau ! nak video exercise pon ada.



telur dan pisang yang dah dilenyek



sebenarnya untuk buat simple banana pancakes ni bahan-bahan yang digunakan hanya dua sahaja dan tak menggunakan tepung langsung. flourless gituu. DUA bahan tersebut ialah :


     1 BIJI PISANG(aku guna 2 biji sebab pisang saiz kecil)
     2 BIJI TELUR


see, sangat mudah dan ringkas kan bahan-bahannya ? aku menggunakan pisang lemak manis aka pisang 40 hari sebab pisang tu je yang ada buat masa ni kat rumah. kihkih resepi asal menggunakan 2 biji telur, tapi sebab nak jimat aku guna sebiji telur je. dengan 2 biji pisang dan sebiji telur aku dapat menghasilkan 5 keping pancake saiz kecil. hmm, lebih terperinci dalam saiz tapak tangan kot.



rupa simple banana pancakes aku atas kuali leper. hihi



aku tak ada non-stick pan, maka aku guna kuali leper yang buat bakar daging burger tuu. mulanya aku tak mau guna minyak masak sebab nak eat clean kengkononnya. tapi sebab terpaksa guna kuali leper, maka terpaksalah guna sikit minyak masak. alaa, sikit je tak banyak pon. tak nak bagi melekat je. nak lagi bagus guna olive oil. masak pancake ni tak lama pon. 2 ke 3 minit dah siap.



banana pancakes, strawberry, blueberry.
yummy !


haa, korang pon boleh hidangkan simple banana pancakes ni bersama buah-buahan kesukaan korang. aku pilih strawberry dan bluberry. sebab tu je yang ada dalam peti ais. muahaha nak tambahkan madu pon boleh. lagi berkhasiat kan. by the way, resepi ni ada VIDEO tau. bolehlah tengok kalau kurang faham.  :)



# lets eat clean !


thanks for reading. ^^

CPUV dari Nuffnang bulan Ogos

$
0
0
assalamualaikum. ;)

CPUV dari nuffang ! yayyy !
*alhamdulillah*



akhirnya muncul juga CPUV untuk bulan Ogos. terima kasih Nuffnang ! ada jugak duit raya dari nuffnang. rezeki Syawal barangkali. hihii harap-harap melekat lama sikit lah CPUV kali ni. boleh buat bekalan masa depan. setakat ni ada 5 CPUV yang sedang berdansa di blog ni. kalau tak ada aral melintang, sila lah bagi CPUV lagi ! saya sudi menerimanya. hihii


okbai ! :)


thanks for reading. ^^

Cara kawal nafsu makan

$
0
0
assalamualaikum. ;)


apa cara kawal nafsu makan yang terbaik ? bagi aku macam-macam cara boleh dilakukan. antara hendak dengan tak nak je, macam pepatah kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. biasanya orang nak kawal nafsu makan mungkin sebab nak dapatkan kesihatan yang baik atau mungkin sebab nak kurus. lagi-lagi bila Hari Raya Aidilfitiri da menjelma, lagilah banyak makanan yang menyelerakan dan boleh menggemokkan tubuh badan.



Kevin Zahri ada bagi tips-tips untul kawal nafsu makan. sebenarnya ada 45 tips kawal nafsu makan yang dia bagi. antaranya, makan setiap 3 atau 4 jam, amalkan minum air kosong dan pengambilan karbohidrat kompleks. kalau nak yang full boleh download dari website KEVIN ZAHRI.






ataupon melalui senaman !






aku percaya sangat kalau nak turunkan berat badan, tak boleh bergantung pada pemakanan semata-mata. berat akan tetap turun tapi mungkin badan akan sedikit menggelebeh lah kalau tak disertakan dengan exercise. aku selalu juga baca-baca tips dari Diane Sera. hihii untuk senaman, kalau aku rajin aku akan ikut senaman dalam VIDEO ni. tapi kalau malas aku skipping je. :D






aku suka buah epal hijau kalau buat jus. kalau makan macam tu je kureng sikit sebab masam. hihii tapi mak aku ada cakap kalau nak kurangkan masam epal tu bolehlah rendam dengan air garam sekejap sebelum dimakan.


# dalam proses menurunkan berat badan sebab baju lama tak muat dah ! huaaa. -_-


thanks for reading. ^^

CARA BUAT BUNGA DARI FABRIK / KAIN

$
0
0
assalamualaikum. ;)



Cara buat bunga dari fabrik atau kain susah ke ? ehhh, tak susah mana pon. senang sangat. yang susahnya bila datang penyakit ke-malas-an yang melampau. tu memang tak dapat nak dielakkan. kadangkala, aku pon terkena penyakit malas tuu. hmmm. -_-








kalau terasa nak mencuba membuatnya bolehlah tengok langkah-langkahnya di bawah ni. aku gunakan kain lebihan yang ada kat rumah ni. daripada mak aku buang kain tuu, baiklah aku buat benda-benda comel macam ni kan. hehe


sebenarnya, aku rujuk tutorial cara buat bunga ni dari UsefulDIY.com. banyak lagi tutorial benda-benda DIY yang best ! try lah tengok-tengok. :)













taraaaa !


siap sudah bunga fabrik ku ! pada yang teringin nak buat brooch dari bunga ni bolehlah tampalkan pin kat belakang bunga ni. nak letak bunga ni pada cekak rambut pon boleh. nampak comelss gituu. pada yang nak kawen tuu, bolehlah buat banyak-banyak bagi pada makcik-makcik kendarat. hihiii






selamat mencuba pada yang nak mencuba cara buat bunga dari fabrik/kain ni !


thanks for reading. ^^
Viewing all 115 articles
Browse latest View live